Thursday, January 15, 2009

2 minggu yang memenatkan..

Emmmm...sedar tak sedar dah hampir 2 minggu sesi persekolahan dan tahun baru berlalu sejak dari awal januari hari tu. dalam diam 2 minggu ini banyak benda telah aku buat..yerla semenjak dah 2 minggu bekerja ni..ponat ekh..bak orang kedah kata, memang penat tapi seronok, coz aku rasa tahun agak berlainan sikit dari tahun - tahun yang lepas. Kalau 2 tahun lepas tugas aku sangat la banyaknya..sekarang dah ok la sikit, tak la terbobok macam dulu

Kalau dulu kena jadi guru kelas, sekarang tidak lagi, kalau dulu kena jadi guru rumah sukan sekarang tidak lagi..ehm kurang la beban sikit, tapi tak bole nak relax sangat, coz aku punya target tahun ni nak lebih baik dari tahun yang sudah...semuanya kena berubah..tapi perubahan bukan senang, nak berubah kita perlu kuat, coz kalau tak kuat, kita akan tetap berada di takuk yang lama..

Aku bercadang tahun ni nak amik master, impian aku nak amik master dalam tari, tapi tak tau la dapat ke tidak..coz course yang di tawarkan hanya ada pada bulan 12 sahaja, tapi insyaallah aku akan pastikan aku amik master dakam bidang ni..kerana ini la apa yang aku cuba cari selama ini.

No comments:

Post a Comment